Sunday, 8 June 2014

Resepi Jus TEMBIKAI

Bismillahirahmanirahim....

JOM minum.... hehehe, 
masya-Allah, cuaca panas mcm ni, sedap betul minum sejuk.
<3 <3 <3



Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Sedap lagi Khasiat dan banyak sangat Kebaikan Buah Tembikai ni. 

Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Sementara tengah free ni, boleh lah rajinkan diri ke dapur. Mari-mari buat air tembikai yang merah lagi mengoda tu. ;')

Bahan- bahan:

     beberapa potong buah tembikai  dibuang kulitnya
     1 mangkuk  kecil kiub air batu
     1 cawan air
beberapa biji laici.   sedikit gula...



potong dulu buahnya macam ni, lepastu, potong kecik-kecik2 pulak 


isikan dalam pengisar, jalan lupa sedikit air


Sedikit gula,
 bagi tembikai ni, tak perlu banyak sangat gula, sebab rasa buah tembikai  tu sendiri dah manis.
 Tapi bagi tembikai kurang manis tu, lebihkan lah gula sedikit, hehe mengikut cita rasa anda


Siap kisar, tukar pada jad dan masukan ais


Satu mangkuk kecil sahaja diperlukan


Bagi yang sukakan laici, letakan beberapa biji,.. pasti lebih nikmat rasanya :D


Okey siap!!! jom minum..... :P 


Selamat  mencuba kwan2!!!!, insya-Allah lain kali, kalau rajin ida buat toturial  lain pulak.




Monday, 6 January 2014

ALLAH Pandai Memujuk - KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4

Bismillahirahmanirahim....

Ini kes merajuk !! hehe....

image from google

reasonnya, rasa macam kurang dihargai (padahal lebih dari dihargai).
biasalah emosi memang rasa macam-macam.  :'D

Bila down, cuba cari sesuatu boleh cool balik hati, of courselah solat itu menenangkan kembali hati yang sedang lemah. :) .... lepas solat saya doa supaya ALLAH bagi sesuatu yang mendamaikan hati.
 Then, cuba ambik tafsir al-quran pulak, pejam mata, sambil tangan buka surah.
Bila baca tafsir ni seronok, lebih syok dari novel...  Masha'ALLAH ;'D

SURAH YUSUF AYAT 4

Hati tertaya-taya, kenapa surah Yusuf, tapi tetap gigih baca kisah Yusuf dalam al-quran tu.

Nabi Yusuf menyampaikan mimpinya kepada ayahnya

"(Ingatlah), Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: 'Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."' (QS. Yusuf: 4)

Kisah Nabi Yusuf AS diabadikan Allah dalam satu surat khusus dalam Al-Qur’an yang juga bernama
 Surat Yusuf. Kisah ini merupakan kisah terbaik dalam Al-Qur’an. Kisah Nabi Yusuf merupakan kisah terpanjang di Qur’an yang diceritakan secara berurutan dan dalam satu surat penuh.

Indah benar kisah ini.. :') , keesokan harinya cuba menanya en.google apa kelebihan surah indah ini.
Hasilnya,  Masha'ALLAH ;'D,  Bagai dipujuk hati oleh ALLAH.
Time rasa sedih ALLAH nak tujuk pada saya macam mana nak dihargai.
terharu ya ALLAH, benar lah 

Allah Selalu Memberikan yang Terbaik bagi Kita , Nikmat Allah yg Manakah yg kau dustakan ?


KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4


“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin

Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.


Tambahan,  Setelah membaca surah di atas, teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.



“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya :
1. Baca 3 kali kemudian sapulah ke muka wajah anda.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh, cubalah amalkan.

Peringatan :
1- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

2 - Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini 
dengan niat yang baik.

thank ALLAH :'D, dalam apa sekali keadaan suka, duka, gembira, Kecewa mohon hati
ingatlah ALLAH,  Hanya dengan mengingati Allah, Jiwa kan tenang
Bila dah cool ni, macam dikasih lah pulak. : p








Wednesday, 1 January 2014

Sedekah itu indah.

bismillahirahmanirahim.....

Hari-hari, SO so busy, tapi insyaALLAH seboleh-bolehnya letakan ALLAH yang utama dari yang lain-lainnya. :D.

Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
 Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.



Sedekah itu indah, Lebih indah diberi tanpa diminta, hehe Semoga rezeki awak akan bertambah dan ketahuailah Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan. Sunguhpun sekadar hadiah biasa tapi kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain, ewah2... hehe.





Allah S.W.T memandang mulia perbuatan bersedekah dan memberikan hadiah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Hukum bersedekah dan memberikan hadiah pula adalah sunat. Maka haruslah gembira dan ikhlas. Ikhlas memberi dan menerima.
 tq awak. :)

Saturday, 25 August 2012

Syarat Buat Bakal Menantuku














Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati lain yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela semua puterinya dimadukan,
Baginda tahu risiko kepayahan,
Tak mahu menantunya kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tidak bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Kerana Dia hormat fitrah hati perasaan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,           
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah tumpuan cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

Wednesday, 11 January 2012

:: Terseyumlah wahai hati yang bersedih, subahanallah::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.
 Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Sebelum emosi kita tidak dapat dikawal dek kesedihan yang mencengkam jiwa, kita perlu sedarkan diri kita tentang beberapa hakikat. hakikat yang pertama, pastinya tiada insan yang mahu berasa sedih kan? semua insan mahu bahagia, mahu tersenyum sentiasa, betul bukan? Akan tetapi kita perlu juga akui bahawa hakikatnya hidup di dunia ini untuk berasa bahagia sentiasa tanpa sebarang dugaan dan ujian itu adalah impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Diulangi, impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Jadi, apa yang kita perlu lakukan ialah hadapi kesedihan itu. bersangka baik dengan kesedihan yang menyapa kita. insyaAllah pasti ada hikmahnya. Allah menguji kita kerna Dia tahu kita mampu menghadapinya. Bersangka baiklah pada Allah, Allah tidak akan pernah mengecewakan kita. Yakinlah !
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi... Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita semua.
Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.

tersenyumlah Wahai Hati Yang bersedih ! :)

Tuesday, 10 January 2012

:: Miss shahida have blog ::

salam semua ..  : )

shahida baru nak ada blog, minpi ape nie buat blog. hehe 
insyaallah, ada masa boleh shared ilmu. 
Jadual harian shahida amatlah padat dengan segala WORK2!!!
ada masa ke nk BLOG2 nie.?
adoyaiii ...

jika wanita yg cantik itu ibarat permata,maka wanita yang budiman adalah ibarat
 perbendaharaan kekayaan.

jika diizinkan tuhan kita jumpa lgi.. :)