Ini kes merajuk !! hehe....
image from google
reasonnya, rasa macam kurang dihargai (padahal lebih dari dihargai).
biasalah emosi memang rasa macam-macam. :'D
Bila down, cuba cari sesuatu boleh cool balik hati, of courselah solat itu menenangkan kembali hati yang sedang lemah. :) .... lepas solat saya doa supaya ALLAH bagi sesuatu yang mendamaikan hati.
Then, cuba ambik tafsir al-quran pulak, pejam mata, sambil tangan buka surah.
Bila baca tafsir ni seronok, lebih syok dari novel... Masha'ALLAH ;'D
SURAH YUSUF AYAT 4
Hati tertaya-taya, kenapa surah Yusuf, tapi tetap gigih baca kisah Yusuf dalam al-quran tu.
Nabi Yusuf menyampaikan mimpinya kepada ayahnya
"(Ingatlah), Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: 'Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."' (QS. Yusuf: 4)
Kisah Nabi Yusuf AS diabadikan Allah dalam satu surat khusus dalam Al-Qur’an yang juga bernama
Surat Yusuf. Kisah ini merupakan kisah terbaik dalam Al-Qur’an. Kisah Nabi Yusuf merupakan kisah terpanjang di Qur’an yang diceritakan secara berurutan dan dalam satu surat penuh.
Indah benar kisah ini.. :') , keesokan harinya cuba menanya en.google apa kelebihan surah indah ini.
Hasilnya, Masha'ALLAH ;'D, Bagai dipujuk hati oleh ALLAH.
Time rasa sedih ALLAH nak tujuk pada saya macam mana nak dihargai.
terharu ya ALLAH, benar lah
Allah Selalu Memberikan yang Terbaik bagi Kita , Nikmat Allah yg Manakah yg kau dustakan ?
KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
Tambahan, Setelah membaca surah di atas, teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”
Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.
Caranya :
1. Baca 3 kali kemudian sapulah ke muka wajah anda.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh, cubalah amalkan.
Peringatan :
1- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
2 - Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini
1. Baca 3 kali kemudian sapulah ke muka wajah anda.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh, cubalah amalkan.
Peringatan :
1- Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
2 - Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini
dengan niat yang baik.
thank ALLAH :'D, dalam apa sekali keadaan suka, duka, gembira, Kecewa mohon hati
ingatlah ALLAH, Hanya dengan mengingati Allah, Jiwa kan tenang
Bila dah cool ni, macam dikasih lah pulak. : p